Logo Pakar Kerja Kayu

PakarKerjaKayu.Com

Selamat Datang Ke Website

Pakar Kerja/Tukang Kayu
No.1 di Malaysia

5/5 - (99 votes)

Mencari kontraktor membuat kerja-kerja dan pertukangan kayu memang sukar. Tambahan pula di bandar bandar besar. Kami sebuah Syarikat Bumiputera berpengalaman lebih 15 tahun ingin menawarkan kerja kerja berasaskan Kayu 100%. Kepakaran kami dalam membina kerja kayu seperti LOTENG, GAZEBO, ANJUNG (CARPORCH) dan juga AWNING (SESIKAT RUMAH).

Bahan utama kerja pembinaan ini adalah berasaskan kayu solid 100% serta berkualiti tinggi dengan harga MAMPU MILIK.

Pasukan kerja kami berkemahiran tinggi serta membina kerja kayu dengan pantas, kemas, bersih dan tidak bising

Kami menggunakan jenis kayu berkualiti tinggi (Solid) seperti Kayu Kempas, Kayu Meranti Merah, Kayu Damar Hitam dan juga Kayu Balau. Material ini menjamin ketahanan serta kekuatan menampung beban.

Kami mengalukan sebarang tempahan seluruh semenanjung Malaysia. Dapatkan konsultasi dan sebut harga secara PERCUMA daripada Konsultan Projek kami.

PakarKerjakayu.com adalah pakar kerja/tukang kayu anda No.1 di Malaysia!

Produk Kami

Kerja Kayu Mana Pilihan Anda?

Loteng

Loteng bermaksud "tingkat rumah sebelah atas" atau boleh juga dikenali sebagai "langit langit rumah" dan di perbuat dari papan kayu.

Gazebo

Gazebo ialah struktur terbuka dan beratap ringan di taman atau halaman rumah. Ia digunakan sebagai tempat berehat atau bersantai di luar ruangan.

Anjung (Car Porch)

Anjung atau car porch ialah ruang parkir kenderaan di rumah. Biasanya berada di hadapan rumah dan berfungsi sebagai tempat meletak kereta.

Awning Rumah

Awning

Awning kayu adalah struktur penutup yang terbuat dari kayu, dipasang di luar bangunan untuk memberikan perlindungan daripada matahari atau hujan.

Kenapa Pilih Kami

Ramai telah memilih kami dalam projek pertukangan kayu di Malaysia bagi membina Loteng, Gazebo, Anjung, Awning, dan lain-lain. Mengapa tidak anda?

15 Tahun

Dalam Industri

3500+

Projek Telah Siap

1 Tahun

Jaminan Baikpulih

3200+

Pelanggan Berpuashati

Loteng

Apa Itu Loteng?

Loteng bermaksud “tingkat rumah sebelah atas” atau boleh juga di kenali sebagai “langit langit rumah” dan di perbuat dari papan kayu.

Kos Mampu Milik

Di kawasan perumahan bandar, kos membina sebuah bilik berasaskan konkrit adalah sangat mahal. Ada juga rumah yang berada di tengah tanpa mempunyai ruang untuk kerja penambahan bilik.  Alternatifnya anda boleh membina loteng di dalam rumah mengunakan material Kayu Solid dengan harga dan kos yang mampu milik

Penambahan Ruang

Membina loteng di dalam rumah sebagai bilik tambahan atau ruang tambahan bagi kegunaan anak bujang lelaki dan perempuan serta boleh di jadikan stor simpanan barang,  ruangan santai bersama keluarga dan bilik peribadi.  Manfaatkan ruang kosong ini dgn ruangan tambahan yang baru.

Anda mungkin mempunyai ruangan ini di dalam rumah bagi pembinaan loteng, ruang yang sesuai seperti ruang bilik, ruangan tengah rumah (hall) dan juga ruangan tangga.

Syarat Pembinaan Loteng

Syarat utama membina loteng adalah mempunyai ketinggian yang cukup antara lantai ke siling (anggaran 14 kaki).

Kualiti Loteng Kami

Bahan kayu solid lebih cantik, kukuh, tahan bebanan , eksklusif, klasik dan tahan lama terutama dari serangan anai anai dan juga sebagai penebat haba yang baik.

Dapatkan sebut harga serta konsultasi percuma dari Konsultan Projek kami. Harga kerja kerja loteng adalah bergantung saiz panjang x lebar ruang cadangan bagi pembinaan loteng.

Tempah Loteng Kayu Sekarang!

Anda boleh memperoleh kelebihan tambahan ruang dalam rumah anda dengan memilih untuk tempah loteng kayu di sin. Kami di PakarKerjaKayu.com menawarkan alternatif yang mampu milik untuk menambah bilik tambahan, ruang santai, atau stor simpanan. Dengan menggunakan bahan kayu solid yang cantik dan tahan lama, kami menawarkan kualiti terbaik untuk pembinaan loteng. Dapatkan sebut harga serta konsultasi percuma dari Konsultan Projek kami sekarang untuk menjadikan impian anda memiliki loteng kayu menjadi kenyataan. Tempah loteng kayu anda hari ini dan nikmati kelebihan tambahan ruang yang bergaya dan praktikal di dalam rumah anda.

Dapatkan Quotation Loteng
Galeri Loteng

Tags: Loteng Kayu, Tempah Loteng Kayu, Loteng Murah, Kontraktor Loteng Kayu, Tukang Kayu Loteng

Gazebo

Apa Itu Gazebo?

Sejenis pondok kecil tanpa dinding yang terletak di taman rekreasi, di halaman rumah dan sebagainya. Tempat orang berehat sambil menikmati pemandangan sekeliling dan sebagainya.

Pelbagai Pilihan Saiz

Pelbagai saiz yang kami bina bermula dari 6×6, 8×8, 9×9, 10×10 serta 12×12. Kami juga menerima tempahan custom made. Harga kami mengikut saiz dan keluasan gazebo.

Material Berkualiti & Pilihan Warna

Material yang digunakan adalah kayu solid seperti kayu balau yang tahan cuaca panas, hujan dan serangan anai anai. Ada 2 pilihan warna iaitu syelek terang dan dark brown.

Kualiti Kerja

Tempah gazebo dengan Konsultan Projek kami. Tempoh menyiapkan satu gazebo hanya mengambil masa 3 hari sahaja. Team kerja kami memastikan persekitaran sentiasa bersih dan minimakan bunyi bising sepanjang tempoh kerja pembinaan.

Sayang dibiarkan halaman kosong tanpa gazebo..pelbagai fungsi serta mencantikkan ruang hadapan rumah. Jom tempah gazebo dengan kami!

Tempah Gazebo Kayu Sekarang!

Nikmati keindahan dan keselesaan gazebo kayu di halaman rumah atau taman rekreasi anda. Dengan pelbagai pilihan saiz, termasuk custom made, kami menawarkan gazebo berkualiti tinggi dengan bahan kayu solid seperti kayu balau yang tahan cuaca dan serangan anai-anai. Pilih dari dua pilihan warna yang menarik, iaitu syelek terang dan dark brown. Tempah gazebo kayu sekarang untuk menikmati tempat berehat yang selesa dan menarik dalam masa hanya 3 hari. Jangan biarkan halaman anda kosong tanpa gazebo – tambahkan sentuhan eksklusif dan fungsi baru. Hubungi Konsultan Projek kami dan tempah gazebo kayu anda hari ini!

Dapatkan Quotation Gazebo
Galeri Gazebo

Tags: Gazebo Kayu, Tempah Gazebo Kayu, Gazebo Murah, Kontraktor Gazebo Kayu, Tukang Kayu Gazebo

Anjung (Car Porch)

Apa Itu Anjung?

Anjung adalah satu ruangan depan, tepi atau belakang rumah yang kebiasaannya berbumbung tetapi tidak berdinding. Selain panggilan anjung, ada juga yang memanggilnya serambi atau beranda. Ruangan terbuka yang selesa dari material kayu yang redup. Suatu masa dahulu inilah ruangan menyambut tetamu dan paling ideal untuk tempat istirehat keluarga di waktu pagi dan petang. Zaman moden kini ia menjadi ruang meletakkan kenderaan (car porch). Apa pun kegunaannya, ia tetap klasik, tradisonal, cantik, kukuh dan tampak mewah.

Ciri-Ciri Utama

  • Reka bentuk bumbung yang kami bina biasanya berbentuk huruf A memberi kekuatan dan keunikan pada anjung.
  • Penggunaan kayu keras dan tahan cuaca menjamin ketahanan dan daya tahan yang baik.
  • Selain bumbung datar, anda juga boleh memilih reka bentuk khas mengikut citarasa anda.

Fungsi Anjung

  • Anjung adalah tempat yang ideal untuk menyambut tetamu, menunjukkan keterbukaan tuan rumah.
  • Menjadi tempat istirehat keluarga pada pagi dan petang, mencipta suasana yang nyaman dan bersantai.
  • Dalam era moden, anjung boleh diubah menjadi ruang letak kenderaan, memadukan gaya tradisional dengan kegunaan moden.
  • Jika anda sukakan kehijauan, kami cadangkan mempelbagaikan jenis tanaman samada jenis sayuran ataupun jenis bungaan di bawah anjung.

Sebut Harga dan Lawatan Lokasi

Hubungi Konsultan Projek kami untuk mendapatkan sebut harga percuma dan kami sedia untuk lawatan lokasi. Kami berusaha memberikan idea dan cadangan yang sesuai dengan ruang dan bajet anda.

Ciptakan kelainan di ruangan depan, tepi dan belakang rumah anda dengan membina Anjung. Ciri-ciri rumah yang sedap mata memandang, semuanya boleh ditempah di sini!

Tempah Anjung Kayu Sekarang!

Tambahkan sentuhan klasik dan tradisional pada rumah anda dengan Anjung kayu yang indah dan selesa. Dengan reka bentuk bumbung huruf A yang unik, Anjung kami menonjolkan kekuatan dan kecantikan kayu keras tahan cuaca. Berfungsi sebagai tempat menyambut tetamu dengan keterbukaan yang istimewa, Anjung juga menjadi tempat istirehat keluarga yang nyaman. Dalam era moden, Anjung boleh diubah menjadi ruang letak kenderaan, menggabungkan gaya tradisional dengan kegunaan praktikal. Hubungi Konsultan Projek kami sekarang untuk sebut harga percuma dan ciptakan kelainan di ruangan depan, tepi, dan belakang rumah anda dengan membina anjung kayu yang eksklusif. Tempah anjung kayu anda sekarang untuk memperoleh keunikan yang semestinya!

Dapatkan Quotation Anjung
Galeri Anjung

Tags: Anjung Kayu, Tempah Anjung Kayu, Anjung Murah, CarPorch Kayu, Kontraktor Anjung Kayu, Tukang Kayu Anjung

Awning (Sesikat Kayu)

Apa Itu Awning?

Awning rumah adalah atap tambahan yang dirancang untuk melindungi kawasan rumah anda daripada panas matahari yang terik dan hujan lebat. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis awning yang ditawarkan dengan harga yang murah, tetapi seringkali kurang berkesan mengikut keadaan cuaca yang panas atau hujan sepanjang tahun. Antara jenis jenis awning tersebut adalah dari Aluminium Composite Panel, Awning Polycarbonated, Awning Metal Deck dan juga Awning Kaca / Glass. Walaupun ianya nampak cantik, budget tetapi tidak memberi fungsi sepenuhnya.

Di sini kami menawarkan awning kayu berbumbungkan atap shingles yang lebih cantik, tahan cuaca, premium , klasik dan tradisonal.

Kegunaan Awning

  • Hiasan Tepi Rumah: Menjadi penghias tepi rumah untuk menambah kecantikan.
  • Sengkuap Hiasan: Sengkuap hiasan untuk memberikan sentuhan eksklusif.
  • Tempat Teduhan: Meluaskan ruang sebagai tempat teduhan yang selesa.

Kualiti Awning Kayu

Awning kayu tampak lebih kukuh. Jenis material kayu keras yang tahan cuaca panas dan lembab hujan. Kami mempunyai banyak testimoni tempahan awning. Tempahan biasa adalah awning kayu berbumbungkan atap shingles.

Tempahan dan Sebut Harga

  • Pelbagai Pilihan: Tempahan awning kayu dengan pelbagai pilihan panjang bumbung.
  • Percuma Konsultasi: Hubungi Konsultan Projek kami untuk mendapatkan konsultasi percuma.
  • Idea Mencantikkan Luaran Rumah: Kami membantu anda mengembangkan idea untuk meningkatkan kecantikan luaran rumah anda.

Jika anda mencari pelaburan yang memberikan fungsi penuh sambil menambahkan sentuhan estetika yang premium, awning kayu berbumbungkan Atap Shingles adalah pilihan yang tepat. Hubungi kami hari ini untuk sebut harga percuma dan rundingan yang menyeluruh.

Tempah Awning Kayu Sekarang!

Bawa pulang keunikan dan kecantikan dengan Awning kayu berbumbungkan atap shingles. Menawarkan perlindungan daripada panas matahari dan hujan lebat, awning kayu kami memberikan fungsi sepenuhnya sambil menambah hiasan yang eksklusif di tepi rumah anda. Dengan kayu keras tahan cuaca, awning kayu berbumbungkan atap shingles menonjolkan kualiti premium, kekuatan, dan gaya tradisional. Tempah awning kayu kami sekarang untuk mendapatkan sengkuap hiasan yang cantik, tempat teduhan yang selesa, dan hiasan tepi rumah yang mengagumkan. Hubungi Konsultan Projek kami untuk sebut harga percuma dan idea mencantikkan luaran rumah anda dengan awning kayu yang eksklusif.

Dapatkan Quotation Awning

Galeri Awning

Tags: Awning Kayu, Tempah Awning Kayu, Awning Murah, Kontraktor Awning Kayu, Tukang Kayu Awning, Awning Rumah

Testimonial

Apa Kata Mereka

5/5
Pembinaan loteng yang cantik dan berkualiti tinggi! Kami sangat terkesan dengan kerja keras dan profesionalisme mereka. Loteng kami sekarang menjadi ruang baru yang nyaman dan indah. Mereka tidak hanya memberikan pelayanan terbaik tetapi juga memastikan projek selesai tepat waktunya. Sangat direkemen!
Ismail Malek
Shah Alam
5/5
Gazebo yang elegan dan berkualiti! Terima kasih kepada team PakarKerjaKayu.com yang luar biasa ini. Gazebo yang mereka bina di halaman tepi kami tidak hanya memberikan tempat yang menarik untuk bersantai, tetapi juga menjadi perhatian setiap tamu kami. Kualiti kerja kayu mereka sungguh luar biasa.
Abdul Manaf
Gombak
5/5
Sangat senang dengan servis kerja kayu mereka dalam membina awning di rumah kami. Awning tersebut bukan hanya memberikan perlindungan dari matahari dan hujan, tetapi juga menambah daya tarik estetika pada rumah kami. Profesionalisme mereka luar biasa!
MD ZAIN
Ampang

Soalan Lazim

Pakar kerja kayu menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuk pembinaan loteng, pembangunan gazebo, pembuatan awning, pembinaan anjung, dan banyak lagi yang berkaitan dengan kerja kayu.

Kos membina loteng bergantung pada faktor-faktor seperti saiz loteng, bahan yang digunakan, dan kompleksiti reka bentuk. Pakar Kerja Kayu akan memberikan anggaran yang tepat setelah menilai keperluan dan keinginan anda.

Ya, Pakar Kerja Kayu biasanya menyediakan perkhidmatan pembinaan gazebo yang direka khas untuk memenuhi keperluan dan citarasa estetika pelanggan.

Pakar Kerja Kayu menggunakan bahan kayu berkualiti tinggi seperti kayu keras atau kayu yang tahan cuaca untuk membina awning dan produk kayu yang lain juga.

Masa yang diperlukan bergantung pada saiz dan kompleksiti projek. Pakar Kerja Kayu akan memberikan jangkaan masa yang lebih tepat setelah menilai skop kerja.

Ya, Pakar Kerja Kayu menyediakan perkhidmatan reka bentuk khas untuk memastikan loteng memenuhi citarasa peribadi anda. Kami akan bekerjasama dengan anda untuk menghasilkan reka bentuk yang memuaskan.

Anjung biasanya merujuk kepada struktur yang melekat kepada pintu masuk, manakala gazebo ialah struktur bebas yang berdiri sendiri di kawasan terbuka.

Ya, kebanyakan pakar kerja kayu menggalakkan penyertaan pelanggan dalam proses reka bentuk. Mereka akan mendengar keperluan dan idea anda untuk mencapai hasil yang memuaskan.

Untuk mendapatkan anggaran kos, anda boleh menghubungi pakar kerja kayu untuk membuat tinjauan tempat dan membincangkan keperluan projek anda. Mereka kemudian akan memberikan anggaran kos berdasarkan penilaian mereka.

Ya! Pakar Kerja Kayu memberikan jaminan / warranty selama 1 tahun selepas siap pemasangan di lokasi. Warranty ini terpakai untuk semua projek kayu kami.

Dari Blog

Perkongsian Info & Tips
Jenis Kayu Popular di Malaysia

10 Jenis Kayu Popular di Malaysia: Keajaiban Tropika dalam Seni Bina Kayu

Temui kepelbagaian Jenis Kayu Popular di Malaysia, seperti Meranti, Balau, Kempas, dan Jati. Keindahan dan kegunaan kayu untuk projek anda!
Read More →
Awning Rumah

Awning Rumah: 5 Sebab Kenapa Anda Harus Pasang Segera! Baca Sampai Habis!

Awning Rumah - Dapatkan perlindungan dan keselesaan optimal dengan pemasangan Awning Rumah. Awning Kayu dengan atap shingles memberikan reka bentuk klasik, daya tahan cuaca, dan ...
Read More →
Loteng Kayu Viral

Tempah Loteng Kayu Viral 2024

Tempah Loteng Kayu Viral 2024 - Nak tambah ruang rumah yang lebih selesa? Jom bina Loteng kayu. Rumah anda 10X ganda lebih selesa. Tempah sekarang!
Read More →

Projek Kayu Mana Pilihan Anda?

Serahkan Kepada PakarKerjaKayu.com. Pasti Tak Kecewa!!

Dapatkan Quotation Percuma. Isi borang di bawah.